Salam sejahtera pengunjung budiman,
Dalam Bahagian 1, saya telah membincangkan mengenai definisi dan penjelasan mengenai apa itu VPN secara ringkas. Kali ini saya akan membawa anda ke penyediaan pelayan OpenVPN anda sendiri.
Tutorial kali ini akan menumpukan kepada penyediaan pelayan OpenVPN sebagai terowong (tunnel) yang membolehkan anda melepasi sekatan dan juga menegelakkan transaksi Internet anda dihidu (sniff) oleh orang lain.
Panduan membeli pelayan (server)
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk membeli Virtual Private Server(VPS) ataupun Dedicated Server. Saya akan beri sedikit tips sekadar yang saya tahu untuk kegunaan OpenVPN.
- Pastikan dalam terma dan syarat (ToS) penmbekal VPS anda memberi kebenaran untuk memasang VPN.
- Pastikan TUN/TAP enabled pada VPS anda. Boleh hubungi Support Ticket pembekal anda untuk maklumat lanjut.
- Kalau VPS anda berasaskan OpenVZ, minta hosting anda untuk menghidupkan "iptables_nat" pada VPS/container anda.
- Pastikan harga mengikut bajet poket anda
- Mahukan cadangan saya? Kalau mampu beli dari santrex.net. Kalau jenis bajet rendah macam saya, saya beli dari sahabat saya di sini.
- Tambahan info: Pastikan waktu pelayan anda dan waktu komputer anda diselaraskan dengan pelayan waktu(time server) seperti time.nasa.gov Anda boleh gunakan arahan
sudo ntpdate time.nasa.gov
di komputer anda dan meminta penyedia perkhidmatan pelayan anda untuk menyelaraskan waktu di server anda juga.
Pemasangan OpenVPN
Periksa dulu sama ada TUN/TAP sudah diupayakan (enabled) atau belum dengan arahan (command).
cat /dev/net/tunAnda sepatutnya akan mendapat keputusan seperti ini.
cat: /dev/net/tun: File descriptor in bad stateJikalau anda mendapat ralat (error) seperti ini.
cat: /dev/net/tun: No such deviceAnda perlu menghubungi pembekal VPS anda untuk mengupayakan (enable) TUN/TAP di VPS anda.
Sekarang bolehlah kita teruskan dengan memasang openvpn,openssl,dnsmasq, dan juga iptables-persistent
di pelayan.
sudo apt-get install openvpn openssl dnsmasq iptables-persistentSelepas melaksanakan arahan di atas. Laksanakan arahan berikut untuk menduplikasi sample config openvpn ke direktori /etc/openvpn/easy-rsa
mkdir /etc/openvpn/easy-rsa
cd /usr/share/doc/openvpn/examples/easy-rsa/2.0/
cp -R * /etc/openvpn/easy-rsa
cd /etc/openvpn/easy-rsa
Bersambung...
Rujukan:
OpenVPN server ubuntu guide
IPTables HowTo - Community Ubuntu Documentation
OpenVPN on Ubuntu 10.04 LTS - Ubuntu Help
openvpn setup guide by dimenxion for Debian 6.x
